![]() |
|
Home | Adun's Profile | Programmes | Photo Gallery | Blog | Online Employment System (FAQ) Press Statements | Newsletters | Speeches | Newspaper Clippings | Maps to Bilik Operasi PRK | Contact Us |
|
15 Jun, 2008 Ucapan Rasmi YB Sim Tze
Tzin Pada Upacara Perasmian Pusat Khidmat DUN Pantai Jerejak Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berbahagia Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum parti keadilan rakyat kerana sudi melapangkan masa untuk merasmikan pusat khidmat DUN Pantai Jerejak. Kedatangan Datuk Seri, menyerikan tempat ini. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Datuk Seri hanya merasmikan 2 pusat khidmat di seluruh Malaysia selepas PRU ke-12. Yang pertama di Machang, Kelantan, yang kedua di sini di pantai jerejak. Marilah kita berikan satu tempukan yang gemuruh kepada Datuk Seri Anwar! Saya juga ingin merangkamkan setinggi-tinggi tahniah kepada jawatankuasa pengelola majlis yang bertungkus lumus sejak kebelakangan ini membuat persiapan untuk majlis perasmian ini. Titik peluh mereka amat dihargai. Tuan-tuan dan puan-puan, sila beri tepukan kepada mereka semua. Tuan-tuan dan puan-puan, Saya tidak ingin menyediakan pusat khidmat semata-mata. Saya ingin menjadikan tempat ini sebagai Pusat Rakyat untuk semua. Pusat khidmat dicat dengan warna seperti dalam Starbuck supaya memberi ketenangan dan suasana selesa untuk semua. Kopi akan disediakan tetapi bukan starbucks coffee, ya. Kopi tradisional Pulau Pinang akan disediakan. Wireless internet akan disediakan untuk kegunaan para pengunjung secara percuma. Pusat khidmat mengalu-alukan semua penduduk Pantai Jerejak untuk mengadakan aktiviti, bermesyuarat, berjumpa dengan saya, PA saya atau ahli-ahli majlis. Tuan/puan sekalian, semalam saya telah melancarkan e-tracking system untuk membantu menyelaraskan aduan-aduan yang diterima di pejabat saya. Sistem ini akan membantu memperkemaskan dan merekodkan kerja-kerja aduan di kawasan Pantai Jerejak. Saya percaya system ini adalah program pertama dipakai di Malaysia oleh wakil rakyat. System yang cukup canggih ini disediakan oleh pasukan saya yang digelar "The PG Care Team". Pada bulan April, saya memperkenalkan online employment system untuk membantu pekerja-pekerja kilang yang hilang kerja untuk memudahkan mencari peluang pekerjaan baru. Ia berupa Jobstreet untuk pekerja-pekerja kilang. Program tersebut menarik lebih daripada 300 orang yang ingin mencari kerja baru berdaftar di bawah system tersebut. Ia juga berjaya menarik beberapa kilang besar yang ingin mencari tenaga kerja berdaftar di bawah system kami. Ramai di kalangan mereka telah mendapat peluang pekerjaan yang baru sejurus selepas kemudian. Buat masa sekarang, program yang giat dijalankan adalah program usahawan online. Kelas-kelas diadakan untuk para penduduk yang berminat belajar mengusahakan perniagaan online. Kelas-kelas keushawanan online diadakan setiap minggu di pusat khidmat saya. Sambutan cukup baik, dan kelas-kelas computer dan ICT lain akan diperkenalkan satu per satu. Tuan-tuan dan puan puan, Agenda kami sekarang adalah untuk meningkatkan kecelikan teknologi maklumat dan komunikasi ICT di kalangan penduduk Pantai Jerejak. Kami ingin meningkatkan budaya penggunaan ICT di semua peringkat urusan kehidupan dan kerjaya. Pantai Jerejak sebagai "the heart of Silicon Valley Asia" mempunyai potensi yang cukup baik untuk menerajui revolusi teknologi maklumat ini. Kawasan kita mempunyai cukup golongan celik pandai dalam bidang teknologi maklumat. Kawasan kita mempunyai infrastruktur yang baik, kawasan kita mempunyai Free Industrial Zone yang merupakan pengeluar (manufacturer) teknologi maklumat di seluruh dunia. Kawasan kita juga mempunyai kekurangan. Sebahagian dari kalangan kita masih ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat. Infrastruktur kita masih dalam tahap dial-up atau broadband 1.0 megabit per second, sedangkan dunia sudah memasuki zaman broadband 10 megabit per second. Budaya memakai teknologi masih dalam tahap awal. Semangat keusahawanan teknologi masih di tahap rendah. Kita tidak mempunyai teknologi start-up yang berupa silicon valley di Amerika Syarikat. Kita perlu mengejar gelombang revolusi teknologi maklumat ini. Dunia sudah menjadi rata, seperti yang diwar-warkan oleh penulis terkenal Thomas Friedman "The world is flat". Revolusi teknologi bukan bermaksud membeli computer terbaru, mengejar telefon bimbit yang canggih sahaja. Revolusi teknologi memerlukan pemahaman yang lebih mendalam. Pemakaian teknologi hendaklah sampai ke susuk keseluruhan kehidupan. Dari cara kita menimba ilmu, mencari maklumat, memikir sehinggakan kita berkomunikasi, menjalan urusan harian, berhibur dan berniaga. Sebagai contoh dalam Zaman revolusi teknologi, kita "google" maklumat, pejabat kita bergerak ke mana-mana dengan blackberry atau smartphone. Kita berurus secara online banking. Kita mereka laman web untuk perniagaan kita tidak kira perniagaan besar atau kecil. Kita senantiasa membaca dan email untuk semua urusan. Revolusi maklumat yang meratakan dunia juga memerlukan kita "think globally". Ia melibatkan pemindahan pradigma, atau paradigm shift. Persaingan antara kita bukan lagi di sesame sendiri tetapi dengan seluruh dunia. Maka kita perlu senantiasa bersaing dengan best practice in world standard, bukan lagi menjadi jaguh kampong. Kita mesti menjadi jaguh sedunia, the best in the world. Berlandaskan semangat ini, kita tidak boleh berpuas hati dengan sekadar membaca the Star setiap hari, kita juga perlu membaca New York Times dan International Herald Tribune. Kita tidak boleh berpuas hati dengan sekadar menonton RTM, kita juga perlu menonton BBC World dan Alzajeera. Saya tidak boleh berpuas hati dengan melancarkan etracking system yang paling ulung di Malaysia, tetapi senantiasa bersaing dengan wakil-wakil rakyat di Amerika Syarikat, England, Jepun dan sebagainya. Semangat bersaing dengan sedunia ini akan membantu kita melonjak ke hadapan ke tahap kecemerlangan. Ia bukan susah, ia seharusnya berlaku sekarang di sini di Pantai Jerejak dan di kalangan tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini juga. Seperti diperkatakan Mahatma Ghandi "We have to be the change we want to see". Kita perlu menerajui perubahan yang kita impiankan. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada mentor saya Datuk Seri Anwar yang senantiasa menerajui teknologi maklumat terkini. Beliau adalah petunjuk penggunaan blackberry kepada saya. Sekarang blackberry menjadi salah satu kehidupan yang tidak dapat dipisahkan. Beliau juga merupaka pemimpin yang terulung memakai facebook, menulis blog dengan bertungkus lumus dan berususan dengan blackberry setiap masa. Semoga beliau menjadi teladan kepada kita semua. Sekian Terima kasih. Sim Tze Tzin |
|
Copyright © 2008 PantaiJerejak.com. All Rights Reserved |