![]() |
|
YB Sim Tze Tzin's speech during the dialogue session between the CM and the residents in Bayan Baru on the 1 January 2009. Yang Berusaha Pengerusi Majlis, YAB Ketua Menteri Sdr Lim Guan Eng, YB Dato Zahrain bin Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru, Yang Berusaha Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Pegawai-pegawai kerajaan, Yang Berusaha wakil-wakil persatuan penduduk dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua terutamanya Ketua Menteri yang sudi datang ke KADUN Pantai Jerejak pada awal-awal pagi hari tahun baru 2009. Selemat Datang ke Bayan Baru, KADUN Pantai Jerejak. Pada hari pertama tahun 2009, penduduk-penduduk Bayan Baru dan KADUN Pantai Jerejak akan menerima berita baik daripada Ketua Menteri Pulau Pinang. Pada hari pertama tahun baru ini, ketua menteri tanpa melengah-lengahkan masa, telah memulakan kerja untuk membantu rakyat. Marilah kita memberi satu tepukan yang gemuruh kepada beliau. Isu yang akan dibincangkan pada hari ini adalah pertukaran hakmilik tanah kos rendah dan sederhana rendah kepada tanah milik kekal. Saya difahamkan bahawa kerajaan negeri pakatan rakyat mencadangkan supaya hakmilik tanah pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah PDC akan diberi hakmilik kekal. Saya ingin menunggu berita baik dengan sepenuhnya daripada ketua menteri nanti. Saya amat berbanga kerana kerajaan Pulau Pinang amat prihatin kepada rakyat terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah. Ini adalah perbedaan kerajaan pakatan rakyat dengan kerajaan yang terdahulu. Fokus kerajaan negeri adalah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Kerajaan yang terdahulu mementingkan pemaju-pemaju besar yang ada “kabel” dengan tokoh-tokoh politik tertentu. Tetapi kerajaan Pakatan Rakyat lebih mementingkan rakyat jelata dan bertekad untuk MERAKYATKAN ekonomi negeri demi rakyat jelata. Dengan pemberian status hakmilik kekal kepada t/puan, harga rumah t/puan akan naik harga. Ini adalah satu berita yang cukup baik. Dulu, kos rumah 25 ribu, 15 tahun kemudian harga rumah naik 10 ribu. Dengan hak milik kekal, harga rumah akan naik dengan lebih banyak lagi. Dengan tidak disedari, t/puan akan menjadi lebih kaya, dan masa depan t/puan lebih terpelihara. Dari segi ekonomi, falsafah kerajaan pakatan rakyat berbeda secara fundamental dengan kerajaan Barisan Nasional. Barisan Nasional cuba melahirkan tokoh-tokoh korporat yang besar dan mengharapkan kekayaan akan “trickle down” atau diagihkan kepada rakyat miskin. Tetapi kerana tamak haloba pemimpin BN dan tokoh-tokoh besar korporat, pembesar-pembesar BN yang kaya menjadi lebih kaya, rakyat jelata tetap miskin. Falsafah ekonomi kerajaan pakatan rakyat adalah merakyatkan ekonomi. Kami bertekad untuk melahirkan golongan kelas menengah. Kami percaya bahawa kelas menengah akan melahirkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Kekayaan negara haruslah diagihkan kepada kelas pendapatan rendah supaya mereka berpeluang menjadi kelas menengah. Kelas menengah akan memacukan ekonomi kerana mereka adalah tunjang negara kita. Walau bagaimanapun, dasar yang memihak rakyat ini tetap dicabar oleh kerajaan pusat. Baru-baru ini, kerajaan pusat telah menyekat kerajaan negeri Perak tentang pemberian status tanah hakmilik kekal melalui Majlis Tanah Negara. Ini telah menimbulkan menimbulkan kemarahan rakyat berpendapatan rendah. Adalah penting bahawa rakyat haruslah bersama-sama menuntut hak tersebut daripada kerajaan pusat. Jadi, tanpa melengah-lengahkan masa lagi, kita semua lebih tahu dengan lebih teliti daripada Ketua Menteri, bagaimana status hakmilik boleh ditukar. Dengan ini saya akhiri ucapan saya dengan ribuan terima kasih dan selamat tahun baru.
|
|
Copyright © 2008-2010 PantaiJerejak.com. All Rights Reserved |