| |
YB Sim Lancarkan
Internet Percuma untuk Warga Kampung Jawa
(3 December 2011)
Bayan Baru - ADUN Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin
telah melancarkan computer dan internet percuma di Kampung Jawa
Bayan Baru sabtu pagi tadi. YB Sim telah menderma 4 buah
komputer dan memasang internet ke perpustakaan desa yang
terletak di bangunan JKKK di Kampung Jawa. Projek ini dipercayai
julung-julung kali diusahakan oleh seorang ADUN kawasan. Jumlah
yang terlibat adalah lebih kurang RM10,000.
Mengikut YB Sim, ada 4 lagi projek sedemikian akan dilancarkan
dalam masa terdekat. Beliau telah Berjaya mendapat tajaan
computer dan internet dari pihak swasta dan peruntukan Kerajaan
Negeri.
Apabila saya melawat kawasan, saya dapati ramai keluarga kurang
kemampuan memilik komputer, apatah lagi internet. Ini
menyebabkan jurang digital yang luas antara yang miskin dan kaya.
Saya rasa perlu berbuat sesuatu untuk membantu kanak-kanak
belajar komputer sejak awal lagi.”
Begitulah lahirnya konsep internet percuma ke kawasan desa
melalui JKKK. YB Sim menyumbangkan komputer dari peruntukan
kerajaan negeri tahunan. Beliau juga Berjaya mendapat tajaan
internet dari TM Streamyx selama satu tahun. Beliau janji akan
teruskan internet jika sambutan menggalakkan.
YB Sim juga diketahui ramai mementingkan budaya membaca di
kalangan pelajar. Awal tahun ini, beliau bekerjasama dengan
beberapa JKKK untuk mengutip buku lama dari kalangan orang ramai
dan disalurkan kepada perpustakaan mini.
Tabiat membaca amat penting kepada kanak-kanak. Saya mendapat
manfaat yang besar kerana ditanam budaya membaca oleh ibu-bapa.
Saya juga suka mengunjung perpustakaan semasa persekolahan. Saya
harap sebarkan budaya membaca kepada kanak-kanak sekarang. Ini
mendorong saya memberi peruntukan besar untuk menubuhkan
perpustakaan mini.” Beliau mengulas.
Perbezaan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kita mementingkan
pendidikan dan masa depan kanak-kanak kita. Peruntukan
disalurkan kepada rakyat demi kebaikan rakyat. Manakala
menteri-menteri UMNO/BN hanya mementingkan kaum kerabat sendiri
sahaja.” Tambah YB Sim
Turut hadir pada majlis pagi tadi adalah ahli Majlis MPPP Hj
Rashid Hasnon, Pengerusi JKKK Kg Jawa En Thambu, pengerusi JKKK
Mahsuri Puan Latifah Husinsa, JKKK Jalan Tengah Utara En Teh Kim
Chuan dan penyelia perpustakaan mini Kg Jawa Sdri Syikin.
Seramai lebih kurang 50 kanak-kanak turut hadir majlis
pelancaran internet percuma.




|
|